Make your own free website on Tripod.com

0307mckk.com

Home | SENARAI AHLI 0307mckk.com | TAHUN 2003 | TAHUN 2004 | RUANGAN LUAR | HUBUNGAN | Fakta-fakta menarik | BAHAN KETAWA | GAMBAR 0307 | KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR | DAFTAR AHLI








BAHAN KETAWA

Tenangkan fikiran anda dengan halaman ini.

UBAT MUJARAB :

Selamatkan kapak
SEORANG bapa dan anaknya yang masih kecil menaiki sampan di sungai yang sangat dalam dan deras airnya.Mereka baru selesai memotong kayu untuk dijual sebagai punca pendapatan sekeluarga.
  Tiba-tiba sampan mereka terlanggar kayu besar dan karam.Anak dan bapa terhumban ke dalam sungai.
  Bagaimanapun, si bapa segera menyelam dan menyelamatkan kapaknya sebelum berenang ke tebing.
  "Mengapa kau selamatkan kapak, bukan budak tu? "   tanya orang kampung.
  "Bertenang...Kapak aku ni kalau tengelam takkan timbul lagi.Anak aku tu sehari dua lagi timbul la..."katanya.
 
Rahsianya
ALI : Aku kagum dengan kau.Setiap kali berlumba, kau mesti menang.Apa rahsia kejayaan kau?
AHMAD : Susah...bukan semua orang boleh buat.
ALI : Apa dia?
Ahmad : Jangan bagi tahu orang.Sebenarnya setiap kali aku lari aku bayangkan aku dikejar isteri pertama aku.
 
Hebat
Dua orang budak sedang menceritakan tentang kehebatan ayah masing-masing.
AMIN : Ayah aku adalah yang terhebat.
ZUL : Apa buktinya?
AMIN : Tembok Besar China tu ayah akulah yang bina.
ZUL : Itu tak sehebat ayah aku. Kau tahu Laut Mati?
AMIN : Tahu.
ZUL : Ayah akulah yang bunuhnya.
AMIN : Oooooooooo...............
 
Banyak dosa
Suatu hari seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun terkejut melihat ada beberapa helai uban di celah-celah rambutnya.
  Dalam keadaan hairan kanak-kanak itu bertanya :"Mak...kenapa ada uban atas kepala emak ?".
  Jawab emaknya,"Memanglah begitu..setiap kali anak-anak melukakan hati emaknya, sehelai rambut emak akan berubah menjadi warna putih.Kalau banyak rambut emak yang putih, itu tandanya kamu banyak melawan cakap emakselama ini."
  Kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa itu berkerut-kerut mukanya memikirkan sesuatu.
  Dia kemudiannya bersuara perlahan :"Kalau macam tu, emak lagi banyak melawan cakap opah....!"
 
                               
 

A black dog; Size=240 pixels wide

PUNYAI KISAH JENAKA ?

Sekiranya anda mempunyai kisah jenaka yang boleh membuatkan orang ketawa berdekah-dekah,apalagi hantarlah kisah jenaka anda itu.

Nama penuh :
E-mail
Cerita :
  

floppy_disk_walking_sm_nwm.gif

ant_stealing_hotdog_sm_nwm.gif

princess_kissing_frog_close_up_sm_nwm.gif

sun_playing_with_beach_ball_sm_nwm.gif