Make your own free website on Tripod.com

0307mckk.com

Home | SENARAI AHLI 0307mckk.com | TAHUN 2003 | TAHUN 2004 | RUANGAN LUAR | HUBUNGAN | Fakta-fakta menarik | BAHAN KETAWA | GAMBAR 0307 | KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR | DAFTAR AHLI








KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

http://www.mckk.edu.my

INFO SEKOLAH:

FALSAFAH KOLEJ MELAYU

Kesepaduan antara kebijaksanaan dan ilmu yang bermanfaat

adalah teras pembangunan manusia yang berkualiti, beriman dan

bertakwa yang akan membela agama bangsa dan negara

Objektif Kolej Melayu

Melahirkan generasi pelajar yang bertakwa unggul dan

seimbang dalam bidang akademik kepimpinan dan

mutu keperibadian yang mulia.

Piagam Pelanggan Kolej Melayu

BAHAWANYA

KAMI WARGA

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH USAHA DAN TENAGA KAMI

BAGI

Mengikhtirafkan hak-hak pelanggan:

  • Mendapat sistem dan khidmat didikan yang terbaik melalui pengurusan yang cekap dan berkualiti, mesra dan penyayang dinamik dan berkesan.

MELALUI BAKTI BUDI KAMI

KE ARAH

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu bagi menjamin pembangunan insan yang seimbang melalui penitisan ilmu yang bersepadu.

  • Melahirkan warga yang berdisiplin, berbudi bahasa, jujur, amanah dan berhemah tinggi.

  • Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan dan prinsip musyawarah yang mempunyai misi dan visi yang jelas, tegas, berani, toleransi dan bijaksana yang bertaraf antarabangsa.

  • Mewujudkan warganegara yang mempunyai semangat Patriotisme yang tinggi, rela berkorban kasih sayang dan saling hormat menghormati tanpa batas kaum dan status.

LENCANA :

lenc03.jpg

Perisai dibahagi kepada 4 bahagian ; putih, merah, kuning dan hitam. Warna ini merupakan warna Negeri-negeri Melayu Berseskutu. Keempat warna ini juga mewakili warna empat rumah iaitu putih (Rumah Idris), merah (Rumah Sulaiman), Kuning (Rumah Mohd Shah) dan hitam (Rumah Ahmad), sebagai mengenang jasa empat Sultan pengasas Malay College.Di tengah-tengah perisai ialah keris merah melambangkan bangsa Melayu. Di atas perisai ialah kepala harimau adalah simbol Persekutuan Tanah Melayu. Mengelilingi di kiri dan kanan perisai ialah bunga padi melambangkan kecemerlangan. Moto Kolej yang bertulis 'Fiat Sapientia Virtus' bermaksud ' Let Wisdom Be Virtue' atau dalam Bahasa Melayu 'Kebijaksanaan Mutu Manusia'

BENDERA :

flag.gif

Bendera Kolej Melayu terdiri daripada empat warna yang terdapat di lencana Kolej.

LAGU KOLEJ :

Oh Kolej Melayu

Harapan Bangsaku

Dengan Sejarah Yang Cemerlang

Harumlah Namamu

Kolej Istimewa

Didikan untuk semua

Keluar membimbing negara

Maju terus mara

Banggaku rasakan

Khidmatku berikan

Takku lupakan jasa-jasamu

Oh Kolej Melayu



SEJARAH KOLEJ :

     Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan).

     Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun 1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja. Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu. R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang dikehendaki:

"… a vigorous and intelligent race of young men who will be in touch with modern progress but not out of touch with old traditions; who will be liberally educated but not educated out of sympathy with their own families and people; who will be manly and not effeminate, strong minded but not strong willed, acknowledging a duty to others instead of being a law unto themselves and who will be fit to do something in the world instead of settling down into fops, spendthrifts or drones."

    Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri. Malay College yang kini sering disebut sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa penubuhan sekolah ini ialah:

"… for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of government services."

    Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-45) di atas kesedaran dan pergolakan politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke Kolaj Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memasuki Kolej ini.

    Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunan-bangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an.

    Kolej Melayu sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam peranannya memajukan bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam bidang sukan pula, Kolej Melayu turut mengambil bahagian dalam hampir semua permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-kemenangan yang menggalakkan. Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu di dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan seseorang individu sangat dititikberatkan.

    Kolej Melayu bolehlah dikatakan telah berjaya dalam usahanya untuk mengeluarkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang ko-kurikulum.

bigschool1.jpg

SENARAI PENGETUA :

1. W. Hargreaves 

2. J.O. May 

3. L.A.S. Jermyn 

4. C. Bazell 

5. H.R. Carey 

6. K.D. Luke

7. J.D.R. Howell 

8. P.G. Haig 

9. N.J. Ryan 

10. Abd. Aziz Ismail 

11. Syed Abu Bakar Barakbah 

12. Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah 

13. Nordin Nasir 

14. Abd. Rahman Mohd. Ali 

15. Wan Abdul Aziz Wan Hamzah 

16. Syed Alwi Syed Aljunid 

17. Zainal Abidin Hj. Ahmad 

18. Rashdi Ramlan 

19. Hj. Hassan Hashim 

20. Hj. Baharom Kamari

21. Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom

22. Mohd Rauhi bin Mohd Isa

1905 – 1918

1918 – 1919

1919 – 1923

1923 – 1938

1938 – 1949

 1949 – 1953

1953 – 1958

1958 – 1959

1959 – 1965

1965 – 1969

1970 – 1971

1971 – 1972

1973 – 1975

1975 – 1977

1977 – 1982

1982 – 1983

1983 – 1987

1988 – 1992

1992 – 1995

1995 – 1999

1999 – 2003

2004 - kini